Duit bukan untuk segala-galanya tetapi apabila mengalami masalah
kewangan, hati turut terjejas. Mula hati
rasa tak bahagia. Kerja kuat tapi tetap rasa tidak puas hati dengan pekerjaan.
Perasaan ini sukar dielakkan apabila terfikir bagaimana untuk melunaskan
bebanan kewangan dalam setiap bulan yang wajib dibayar.
Untuk bahagia tanpa memikirkan masalah kewangan anda, ambil
langkah mudah di bawah agar kita bebas dari terbelenggu ini:
1.
Mempunyai kesedaran untuk berubah (Self
awareness).
Kita Perlu Berubah Ke Arah Yang Lebih Baik - Hijrah |
2. Rekod
perbelanjaan untuk menentukan wang banyak dihabiskan
untuk sesuatu perkara.
3. Atur
semula kewangan anda. Kira semua hutang-hutang yang
ada. Aturkan yang sangat wajib seperti bayaran ansuran kereta dan rumah.
Jika ada hutang
dengan individu atau kad kredit dahulukan apabila dapat pelarasan gaji dan tunggakan nanti.
Duit Yang Banyak Juga Akan Habis Jika Tidak Dirancang Penggunaannya |
4.Singkirkan belanja
yang kurang penting – bil telefon kurangkan. Bil astro dan lain-lain yang tidak
penting abaikan kerana tiada kelengkapan ini anda masih boleh meneruskan hidup.
Beli hanya barang yang sangat penting dalam hidup anda. Dalam sebulan, rekod
semua perbelanjaan anda untuk melihat di mana yang anda banyak diperuntukkan.
5. Adakan sampul surat
untuk duit :
·
Bayar kereta
·
Duit makan di rumah bulanan
·
Duit kos beli susu dan jaga
anak
·
Duit tol dan minyak kereta
·
Duit makan di pejabat
Pastikan Setiap Hutang Diuruskan Dengan Betul dan Elakkan Hutang Yang Tidak Perlu |
6. Fikirkan
apa yang boleh jimatkan perbelanjaan
anda. Jika anda duduk jauh, adakah pindah rumah lebih munasabah dan kos
perjalanan anda boleh dikurangkan. Jika anda bukan ahli perniagaan, tidak perlu
telefon yang canggih maka fikirkan untuk memakai yang telefon biasa tanpa
internet.
7. Jika
anda ingin beli kereta pastikan kos
belanja kereta kurang dari 30% daripada pendapatan anda.
Contoh
:
Gaji
anda : RM2,000.00
Minyak
(RM 150.00)
Tol
(RM 50.00)
Bulanan
kereta (RM 400.00)
Jumlah RM 600.00
30% x RM 2000 = RM600.00
Jika
lebih dari 30% daripada pendapatan, bermakna anda kurang layak memakai
kenderaan tersebut.
8. Simpanan
perlu ada dalam sebulan sekurang-kurangnya 10%
daripada pendapatan anda. Ini bermakna jika gaji naik, perlu ingat wang simpanan kena tambah sekali.
Jika
gaji anda : RM 2000.00
Simpanan
: RM200.00
9. Ubah gaya hidup
anda. Jika anda mula bermasalah untuk menyimpan duit dan banyak hutang serta
bayaran kereta anda lebih daripada yang disarankan. Anda perlu mengambil
langkah segera mengubah gaya hidup anda, contohnya seperti berikut:
- Pilih tempat makan yang bersesuaian dengan hidup anda sekarang. Walaupun anda telah dapat tunggakan gaji dan kenaikan gaji, ia tidak bermakna anda perlu tukar gaya hidup mewah dan sering makan di restoran segera.
- Anda tidak perlu memakai baju yang cantik-cantik atau berjenama yang mesti beli tiap-tiap bulan.
- Pilih selepas ini kereta yang anda mampu dan bukan ikut selera atau ikut kawan. Perbelanjaan setiap individu adalah berbeza. Ada orang anak ramai dan ada orang berasal dari keluarga kaya. Usah ikut pandangan orang lain yang menjerat kita ke kancah masalah kewangan.
- Bawa bekal ke pejabat. Secara konsisten dan bukan bila waktu duit telah habis.
Simpanlah Dahulu Sebelum Berbelanja |
10. Ubah gaya fikir
anda dengan :
- Hanya beli dengan tunai. Kalau tiada wang lagi untuk ubahsuai rumah, simpan secara bulanan sehingga anda mampu lakukan pengubahsuaian. Kecuali anda memang perlu dapur yang besar dan lengkap kerana anda membuat perniagaan seperti memasak makanan dan selepas ini akan mendapat pulangan yang dapat menampung kos ubah suai dapur. Tapi sekiranya, anda makan lebih banyak di kedai adalah lebih baik anda mengumpul duit sebelum membuat pengubahsuaian dapur. Tak perlu tergesa-gesa.
- Elak berbelanja di tempat mahal. Ada kedai murah seperti kedai 1Malaysia atau koperasi. Walau sedikit ia boleh bantu anda berjimat.
- Guna kad kredit hanya untuk hal yang penting dan anda boleh bayar dalam bulan tersebut. Jika anda tahu diri anda bukan jenis yang ikut peraturan dan masih ingin menggunakan kad, gunalah kad debit.
- Dalam membeli, utamakan memberi sesuatu yang nilainya meningkat. Contohnya hartanah berbanding membeli lebih banyak kereta atau telefon bimbit.
- Peruntukkan untuk simpanan dan insuran. Anda perlu ada simpanan di bank serta insuran perlindungan (yang berbentuk simpanan). Ia boleh digunakan pada masa hadapan ketika anda kesusahan serta untuk dana persaraan anda.
- Adakan juga simpanan untuk akhirat. Jika anda sudah dapat menampung hidup anda dengan sederhana, maka fikirkan dana untuk akhirat. Anda boleh simpan duit tapi perlu ada juga saham akhirat. Jadi peruntukkan untuk wang untuk derma kepada orang yang memerlukan. Anda boleh bermula merancang ke arah mana anda akan peruntukkan tunggakan dan kenaikan gaji anda tidak lama lagi!
Perancangan Adalah Perlu Dalam Kehidupan Dan Pengurusan Kewangan |
Semoga dengan tip ini dapatlah kita meningkatkan nilai
pendapatan yang diterima dan mendapat pulangan yang benar-benar yang kita
inginkan yang membolehkan kita bahagia.
No comments:
Post a Comment