Sunday 15 September 2013

AZEGEM........BLOG SIAPA NI?????

Gambar Saya Dalam Seragam Tentera Wataniah

Saya Mohd Azamuddin Mustapa, seorang Penolong Pengarah di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Cyberjaya. Dilahirkan pada  24 Januari 1976 di Wakaf Siku, Kota Bharu, Kelantan. Saya boleh dihubungi di talian 012-3256399 atau melalui e-mel peribadi, aze4226@gmail.com atau e-mel pejabat, azamudin@hasil.gov.my. Kawan-kawan mengenaliku sebagai Aze sahaja.

Pada masa ini, saya sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana di Universiti Utara Malaysia (UUM) Kampus Kuala Lumpur secara separuh masa di bawah kursus MBA-General. Nombor matriks saya di UUM ialah 812149 dan sedang berada di semester ke - 5 pembelajaran dalam sistem trimester UUM 2013/2014. Sebelum ini, saya memperolehi Sarjana Muda (Perakaunan) dengan Kepujian dari Universiti Malaya pada tahun 1999.

Sejarah persekolahan saya adalah seperti di bawah:

1983 - 1988 Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 1, Kota Bharu, Kelantan.

1989 - 1991 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Falahiah, Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan.

1992 - 1993 Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang, Selangor.

Saya berasal dari Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan, sudah berkahwin dan mempunyai 5 orang cahayamata (seorang lelaki dan empat perempuan). Teman hidupku yang setia sejak kami melayarkan bahtera rumahtangga pada 7 Mac 2001 ialah Wan Rosniza Wan Sulaiman (Za). Anak-anak penyeri hidup kami ialah Muhammad Adam Zubair 11, Husna Balqis 8, Hanna Maisarah 5, Huda Zulaikha 3 dan yang terkini, Hanis Sofea 7 bulan.

Kami sekeluarga bergambar di Hari Raya Pertama Aidilfitri 2013

 

Saya menetap di Bangi, Selangor sekarang di sebuah rumah teres berhampiran UKM, German Malaysian Institute dan Institut KWSP.

Bermulanya khidmat saya di LHDNM adalah pada  1 Oktober 2003. Pegawai LHDNM yang masuk pada tahun 2003 sehingga 2006 telah diwajibkan menyertai Askar Wataniah LHDNM. Itulah sebabnya saya telah menjadi ASKAR!!..sesuatu yang tidak pernah diimpikan sebelum ini.

Ini sahaja maklumat yang saya dapat kongsikan buat masa ini. Tunggu post yang seterusnya........

 

"Kalau rezeki dari Allah terlambat, maka beristighfarlah kepada Allah dan mohonlah semoga Allah melapangkan rezekiNya bagi anda. Kunci syurga ialah sabar. Kunci kemuliaan adalah merendah hati. Dan kunci kebaikan (kehormatan) adalah taqwa."

 - Ali bin Abi Talib -