Sunday 1 December 2013

PUISI SANGKA-SANGKA



TAZKIRAH:
Bersangka baiklah setiap masa
Tukarkan sikap buruk sangka kepada kasih sayang sesama manusia

PUISI SANGKA-SANGKA

Manusia hari ini suka sangka-sangka

Ada sangka baik

Ada sangka buruk

Orang beribadah disangka riak

Orang rileks disangka malas

Orang berpakaian baru disangka menunjuk

Orang berpakaian buruk disangka hina

Orang makan banyak disangka pelahap

Orang makan sedikit disangka diet


Orang yang senyum disangka mengejek

Orang yang masam disangka merajuk

Orang berbincang disangka mengumpa
t

Orang yang diam disangka menyendiri

Orang yang menawan disangka menggoda

Orang yang ceria disangka mengada


Orang yang bertanya disangka menyibuk

Hakikatnya...

Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah

Mana tahu yang masam itu kerana mengenang dosa


Mana tahu yang berbincang itu memberi pendapat

Mana tahu yang diam itu kerana beribadah

Mana tahu yang menawan itu bersih wataknya

Mana tahu yang ceria itu cerdas mindanya

Mana tahu yang bertanya itu perihatin orangnya

Hadis Rasulullah s.a.w berkaitan Bersangka

Jangan bersedih sekiranya di sangka pelbagai perkara kerana Allah tetap bersama kita dalam apa jua keadaan

Kita juga perlu bersangka baik dengan Allah, bukan sesama manusia sahaja
Justeru itu…. 

Sesuatu perkara yang kita lihat

Jangan suka sangka-sangka

Sikap sangka-sangka akan memusnahkan jiwa


Kerap sangka-sangka mengundang celaka

Jangan terlalu bersangka-sangka

Jauhi sikap sangka-sangka


"يأيها الذين ءامنوا اجتنبوا كثيرا من الظن إن بعض الظن إثم.."
"Wahai org2 yg beriman jauhilah kamu semua kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.."
(AlHujurat:12)

Sunday 24 November 2013

HARI KELUARGA JABATAN SAYA



Pada 28 dan 29 September 2013, jabatan saya iaitu Jabatan Pungutan Hasil LHDNM telah mengadakan hari keluarga di Ilham Apartment Resort, Port Dickson. Di sebelah resort, terdapat Rumah Api Tanjung Tuan yang kami turut lawati.
Di sini saya ingin kongsikan gambar-gambar semasa Hari Keluarga tersebut.

Bergambar family di lobi Ilham Resort
Berjalan kaki memanjat bukit ke Fort Rachedo Tanjung Tuan


Berehat sekejap kepenatan

SUdah tiba di kaki bukit rumah api.. kena panjat tangga pula

Bergambar di papan tanda rumah api tanjung Tuan

Di sebelah rumah api..kelihatan Selat Melaka di belakang kami

Signboard di kaki bukit

Gambar Keluarga Saya di Red Carpet Sebelum Dinner - Tema "Colour Block"
Persembahan kanak-kanak

Pemilihan Princess of The Night

Saya menerima hadiah Lucky Draw - boleh lah

Persembahan oleh pegawai-pegawai Bahagian saya

Saya menerima hadiah sebagai wakil Bahagian

Berjalan menuju tapak sukaneka

Pegawai JPH bergambar selepas sukaneka

Gambar penuh JPH selepas sukaneka

Acara kutip gula-gula

Acara bawa bola pingpong dalam sudu

Acara tiup belon sampai pecah

Saya turut dijemput menyampaikan hadiah

Gaya selepas terima hadiah kemenangan

Anak-anak bersantai sementara menunggu sukaneka bermula



Acara dewasa..
Anak saya di pantai



Saya dan anak ke- 5 semasa dinner.. Colour Block juga ya....




 Menyambut ketibaan Pengarah Jabatan ke tapak Sukaneka


 Persediaan hadiah sukaneka


Antara calon Princess of The Night, 2 Puteri ku


 Persembahan yang hampir meruntuhkan stage


 Anak-anak sedang beraksi sukaneka...lari...lari

 Bapa gian nak tiup belon....sampai hajat


Makcik yang paling bergaya...


Selesai sudah Hari Keluarga JPH 2013. Diharapkan semua enjoy dengan aktiviti yang dijalankan. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan Hari Keluarga ini. Semoga kita semua diberkati Allah...

JASA IBU BAPA

IBU BAPA....akan ku balas jasa kalian



10 May adalah Hari Ibu yang disambut di Malaysia. Walaupun Islam hanya ada Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha sahaja yang disambut oleh orang Islam di seluruh dunia, tidak ada hari-hari kebesaran yang lain, namun jika sekiranya perlu mengadakan sambutan hari ibu untuk memberi kesedaran kepada anak-anak yang mungkin makin hari makin melupakan hak-hak seorang ibu yang perlu ditunaikan, maka baik juga kita mengambil kesempatan ini untuk memberi peringatan kepada yang lalai khususnya kepada anak-anak yang melupakan jasa dan pengorbanan ibubapa mereka.

Di antara perkara yang paling penting ialah kita perlu mengetahui apakah hak-hak dua ibubapa? Supaya kita tidak melanggar hak-hak tersebut yang boleh menyebabkan kita boleh dicap sebagai anak derhaka.

Di antara pesan nabi s.a.w supaya anak-anak melakukan kebaikan kepada dua ibubapa ialah;

1- Reda Allah terletak kepada keredhaan ibubapa

Sabda nabi s.a.w
“ Reda Allah terletak reda kedua ibubapa dan kemurkaan Allah terletak kepada kemurkaan kedua ibubapa”.

2- Berbuat baik kepada ibubapa mendahului berjihad di jalan Allah s.w.t

Seorang lelaki bertemu dengan nabi s.a.w lalu bertanya, “Bolehkah saya berjihad? Nabi bertanya; “adakah kamu ada ibubapa? Jawab lelaki tersebut; “ya, ada. Maka nabi bersabda berjihadlah kamu dengan menjaga keduanya”. (Riwayat Bukhari)

Ibu diberi sedikit kelebihan oleh Islam untuk lebih diberi perhatian oleh anak-anak.

Imam Bukhari melaporkan dari Abu Hurairah r.a berkata;

“Datang seorang lelaki bertanya Rasulullah s.a.w; “Ya Rasulallah! siapakah yang lebih berhak untuk aku melakukan kebaikan kepadanya? Jawab nabi s.a.w, “ibumu, dia bertanya lagi, “siapa pula selepas itu? Jawab nabi ibumu, bertanya lagi, “siapa pula selepas itu? Jawab nabi ibumu, bertanya lagi, “siapa pula selepas itu? Jawab nabi bapamu.

Ibnu Kathir melaporkan dalam tafsirnya dari Sulaiman Bin Buraidah dari bapanya;

“Seorang lelaki melakukan Tawaf sambil mendukung ibunya, lalu dia bertanya kepada nabi adakah dia telah menunaikan hak ibunya? jawab nabi, “ tidak, tidak walaupun satu kesakitan yang pernah ditanggung oleh ibumu sewaktu mengandungkanmu”.

Sebab Islam melebihkan ibu daripada bapa ialah

1) Ibu mengandung, melahirkan, menyusukan, mengurus keperluan anak dan mendidik anak lebih daripada bapa.

2) Ibu sebagai wanita, diberi perasaan lebih mengasihi dan menyintai anak lebih daripada bapa, sebab itu anak-anak lebih manja dengan ibu berbanding bapa mereka.

Sempena dengan hari ibu ini, di sini saya perturunkan beberapa adab yang perlu diajar kepada anak-anak dan dilakukan oleh mereka untuk menunaikan hak kepada ibu bapa mereka.

1- Taat dan patuh kepada setiap arahan ibubapa kecuali perkara maksiat.

2- Bercakap dengan ibubapa secara lembut dan sopan.

3- Bangun menghormati ibubapa apabila mereka masuk ke rumah.

4- Mencium tangan ibubapa pagi dan petang dan hari-hari tertentu.

5- Menjaga maruah dan harta ibubapa.

6- Memuliakan dan memberi apa yang diminta oleh ibubapa.

7- Bermesyuarat dalam segala urusan dengan ibubapa.

8- Memperbanyakkan doa dan istighfar untuk ibubapa.

9- Membantu ibubapa tanpa disuruh.

10- Tidak mengangkat suara yang tinggi di hadapan mereka.

11- Tidak menyampuk ketika mereka sedang bercakap.

12- Tidak keluar dari rumah jika tidak diizinkan.

13- Tidak mengganggu ibubapa yang sedang tidur.

14- Tidak melebihkan isteri dan anak-anak daripada ibubapa.

15- Tidak menghina ibubapa jika mereka melakukan perkara yang kita tidak suka.

16- Tidak ketawa di hadapan mereka jika tidak ada perkara yang perlu.

17- Tidak mengambil makanan yang ada di hadapan ibubapa kecuali dengan izin.

18- Tidak tidur di hadapan ibubapa sewaktu mereka sedang duduk kecuali dengan izin.

19- Tidak melunjurkan kaki di hadapan ibubapa.

20- Tidak boleh masuk dahulu dan berjalan di hadapan mereka.

21- Segera menjawab apabila dipanggil oleh ibubapa.

22- Menghormati kawan-kawan ibubapa waktu mereka masih hidup atau selepas kematian mereka.

23- Tidak memanggil ibubapa dengan nama mereka.

24- Tidak memanjat atau menaiki tempat yang melintasi kepala mereka.

25- Sering berdoa kepada ibubapa lebih-lebih lagi selepas kematian mereka.

Mudah-mudahan adab-adab ini dapat diberi perhatian oleh ibubapa untuk disampaikan kepada anak-anak, begitu juga anak-anak, harap dapat menjaga adab-adab ini supaya kita tidak digelar sebagai anak yang derhaka.Insyaallah jika pendidikan yang berterusan diberikan kepada anak-anak, kita tidak perlu lagi kepada hari ibu, kerana setiap hari perlu kita melakukan kebaikan kepada ibubapa dan insyaallah tidak ada lagi anak-anak yang akan menghantar ibubapa mereka ke rumah kebajikan masyarakat.

"Hiduplah untuk memberi sebanyak- banyaknya bukan dengan menerima sebanyak- banyaknya."

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...*_*

TIP UNTUK BAHAGIA : BELAJAR ILMU BARU

Antara amalan orang yang berbahagia hidupnya adalah orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk belajar. Mempelajari ilmu secara berterusan boleh membuatkan diri sentiasa bersemangat dan mempunyai tenaga yang tinggi







  Sekiranya kita dalam keadaan yang berdukacita, kurang gembira, rasa resah gelisah dan bergelumang dengan pelbagai ujian, maka sediakan masa untuk belajar ilmu baru. Tanda-tanda perasaan ini menunjukkan kita masih perlu menambah ilmu pengetahuan.

Terdapat banyak cara untuk belajar ilmu baru setiap hari, antara anda boleh peroleh adalah melalui:
 a. Membaca
·         Anda membaca sama ada melalui buku, internet, surat khabar atau  majalah.
·         Pilihlah bacaan yang bersesuaian dengan peringkat usia anda.
·         Anda boleh membaca untuk tujuan santai (membaca bahan ringan) tetapi dari sudut yang lain anda perlu membaca bahan untuk menambah ilmu bagi peningkatan kendiri. 

b. Mendengar
·         Belajar boleh diperoleh melalui mendengar perkara yang disampaikan orang lain dalam majlis ilmu atau secara santai dalam perbualan harian.
·         Mendengar guru mengajar adalah di antara cara terbaik untuk kita mendapatkan ilmu. 



c. Melihat
·         Kita belajar melalui penglihatan
~ MELIHAT DENGAN MATA HATI. 
·         Malah  setiap insan, tumbuhan atau haiwan boleh menjadi guru terbaik untuk kita belajar dan sebagai contoh tauladan.


d. Berbincang 
·         Dengan berbincang kita dapat mengembangkan kemampuan individu dan kumpulan. 
·         Melalui perbincangan ilmu boleh diperoleh dengan lebih cepat dan lebih mudah difahami.


e. Pengalaman
·         Kita boleh belajar melalui pengalaman hidup sama ada dalam kerja atau praktik daripada sesuatu yang kita ketahui. 


f. Mengajar dan Berkongsi Ilmu
·         Ilmu boleh diperoleh melalui pelbagai medium termasuk semasa mengajar dan berkongsi ilmu dengan orang lain. 
·         Setiap kali mengajar ilmu semakin berkembang dan bercambah. 



Ketahuilah banyak perkara yang boleh kita peroleh dengan sentiasa menyediakan diri untuk belajar.
Firman Allah s.w.t : " Allah akan meninggikan darjat orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”.
( Al-Mujadalah : 11 )
Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘Anhu berkata, “ Orang yang berilmu mempunyai darjat, sebanyak tujuh ratus kali darjat di atas orang-orang mukmin. Jarak di antara dua darjat ini terbentang sejauh perjalanan selama lima ratus tahun.” 
Sabda Rasulullah saw berikut:
“Barangsiapa ingin berjaya di dunia, tuntutlah ilmu. Barangsiapa ingin berjaya di akhirat, tuntutlah ilmu. Dan barangsiapa ingin berjaya di dunia dan di akhirat
, tuntutlah ilmu”.
Ertinya: “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran.
( QS. Az Zumar : 9 )  
Dari Abu Umamah Radhiyallahu‘anhu berkata, “ Rasulullah s.a.w pernah ditanya tentang dua orang, yang satu ahli ibadah, dan satunya lagi orang yang berilmu. Maka beliau menjawab, “Kelebihan orang yang berilmu atas ahli ibadah sama dengan kelebihanku atas orang yang paling hina di antara kalian.”
Dari Abu Darda , Rasulullah s.a.w bersabda : " dan sesungguhnya orang yang berilmu itu, diminta keampunan oleh penghuni langit, bumi bahkan ikan-ikan di laut yang dalam"  ( HR Ibn Hibban)
 Untuk menjadi sebahagian individu yang beruntung bersiap sedialah untuk belajar setiap hari.

Tetapkan diri sekurang-kurangnya setiap tahun untuk pelajari satu kemahiran baru. Ini dapat membantu kita sentiasa meningkatkan diri, membangunkan keluarga, komuniti, kerjaya dan seterusnya membina negara. 

Moga ini memberi manfaat kepada semua.