|
|||
Terdapat banyak cara untuk belajar
ilmu baru setiap hari, antara anda boleh peroleh adalah melalui:
a. Membaca
·
Anda
membaca sama ada melalui buku, internet, surat khabar atau majalah.
·
Pilihlah
bacaan yang bersesuaian dengan peringkat usia anda.
·
Anda
boleh membaca untuk tujuan santai (membaca bahan ringan) tetapi dari sudut yang
lain anda perlu membaca bahan untuk menambah ilmu bagi peningkatan kendiri.
b. Mendengar
·
Belajar
boleh diperoleh melalui mendengar perkara yang disampaikan
orang lain dalam majlis ilmu atau secara santai dalam perbualan harian.
·
Mendengar guru
mengajar adalah di antara cara terbaik untuk kita mendapatkan ilmu.
c. Melihat
·
Kita belajar
melalui penglihatan
~ MELIHAT DENGAN MATA HATI.
·
Malah setiap insan, tumbuhan atau haiwan boleh
menjadi guru terbaik untuk kita belajar dan sebagai contoh tauladan.
d. Berbincang
·
Dengan berbincang
kita dapat mengembangkan kemampuan individu dan kumpulan.
·
Melalui
perbincangan ilmu boleh diperoleh dengan lebih cepat dan lebih mudah difahami.
e. Pengalaman
·
Kita boleh belajar
melalui pengalaman hidup sama ada dalam kerja atau praktik daripada sesuatu
yang kita ketahui.
f. Mengajar dan Berkongsi Ilmu
·
Ilmu boleh
diperoleh melalui pelbagai medium termasuk semasa mengajar dan berkongsi ilmu
dengan orang lain.
·
Setiap kali
mengajar ilmu semakin berkembang dan bercambah.
Ketahuilah banyak perkara yang boleh kita
peroleh dengan sentiasa menyediakan diri untuk belajar.
Firman Allah s.w.t : " Allah akan meninggikan darjat orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”.( Al-Mujadalah : 11 )
Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘Anhu berkata, “ Orang yang berilmu mempunyai darjat, sebanyak tujuh ratus kali darjat di atas orang-orang mukmin. Jarak di antara dua darjat ini terbentang sejauh perjalanan selama lima ratus tahun.”
Sabda Rasulullah saw berikut:
“Barangsiapa ingin berjaya di dunia, tuntutlah ilmu. Barangsiapa ingin berjaya di akhirat, tuntutlah ilmu. Dan barangsiapa ingin berjaya di dunia dan di akhirat , tuntutlah ilmu”.
Ertinya: “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran.( QS. Az Zumar : 9 )
Dari Abu Umamah Radhiyallahu‘anhu berkata, “ Rasulullah s.a.w pernah ditanya tentang dua orang, yang satu ahli ibadah, dan satunya lagi orang yang berilmu. Maka beliau menjawab, “Kelebihan orang yang berilmu atas ahli ibadah sama dengan kelebihanku atas orang yang paling hina di antara kalian.”
Dari Abu Darda , Rasulullah s.a.w bersabda : " dan sesungguhnya orang yang berilmu itu, diminta keampunan oleh penghuni langit, bumi bahkan ikan-ikan di laut yang dalam" ( HR Ibn Hibban)
Untuk menjadi sebahagian individu yang beruntung bersiap sedialah
untuk belajar setiap hari.
Tetapkan diri sekurang-kurangnya
setiap tahun untuk pelajari satu kemahiran baru. Ini dapat membantu kita
sentiasa meningkatkan diri, membangunkan keluarga, komuniti, kerjaya dan
seterusnya membina negara.
Moga ini memberi manfaat kepada semua.
Moga ini memberi manfaat kepada semua.
No comments:
Post a Comment