Sejak akhir-akhir ini kita kerap kali mendengar tentang harta
dan aset umat islam khasnya yang tidak boleh dicairkan atau sudah
dibekukan. Semuanya berpunca kerana tiada dokumentasi yang betul,
ketiadaan waris dan konflik sesama waris yang menuntut harta pusaka tersebut.
Pernahkah kita mendengar duit yang tidak dituntut sahaja berjumlah ratusan juta
yang masih disimpan oleh BNM di bawah aset tidak dituntut. Duit ini
datangnya dari akaun-akaun bank yang mana pemegang akaun tersebut sudah mati,
lupa atau sengaja mengabaikannya. Duit tersebut tidak boleh diagihkan
kemana-mana kerana tiada waris yang menunut, sementara pihak berwajib juga
gagal mengesan waris semati. Keadaan bertambah kompleks apabila pihak waris
sendiri tidak tahu bagaimana hendak menunut duit tersebut. Kebanyakannya
mereka sendiri tidak tahu waris mereka mati meninggalkan duit dalam akaun-akaun
bank.
Pembahagian Harta Pusaka Tertangguh Akibat Tiada Wasiat |
Adakah Suatu Hari Nanti Harta Kita Juga Menjadi Harta Tidak Dituntut ?
Wasiat Dari Segi Bahasa
Wasiat
dari segi bahasa maksudnya adalah sambung, manakala dari segi istilah pula
maksudnya pemberian disandarkan atau dikaitkan sesudah mati iaitu ianya hanya
terlaksana selepas pewasiat meninggal dunia.
Mengikut Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999 wasiat bermaksud iqrar seseorang yang diperbuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan menurut hukum syarak, selepas dia mati. Ia juga merupakan suatu hasrat atau keinginan yang dizahirkan secara lisan atau bertulis oleh seseorang mengenai hartanya, hutangnya atau amal ibadahnya untuk diuruskan selepas berlaku kematiannya. Tetapi wasiat yang dibuat secara lisan adalah terdedah kepada fitnah akibat arahan yang tidak jelas dan boleh dipertikaikan di kalangan ahli waris. Oleh itu sebaik-baik wasiat adalah yang ditulis dan disaksikan oleh seseorang tertentu.
Islam amat menggalakkan umatnya supaya berwasiat dalam merancang harta. Namun demikian wasiat tersebut hendaklah terhad kepada sepertiga harta sahaja. Surat wasiat ialah pengisytiharan sah yang mana penulisnya adalah selaku pewasiat, mencalonkan beberapa orang lain untuk menguruskan asetnya serta menguruskan pertukaran hartanya apabila pewasiat meninggal dunia. Wasiat juga boleh merupakan surat amanah yang hanya menjadi laku dan sah selepas kematian pewasiat.
DALIL TENTANG WASIAT
Wasiat adalah dibenarkan di dalam Islam. Wasiat disyariatkan melalui dalil Al-Quran, Sunnah Nabi s.a.w., amalan sahabat dan ijma' ulama'.
Dalam al-Quran, Allah s.w.t. berfirman:

Dalam Sunnah, Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya: “Seseorang Muslim yang
mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan tidak sepatutnya tidur dua malam
berturut-turut melainkan dia menulis wasiat disisinya”.(Hadis riwayat Bukhari
dan Muslim)
Hadis ini menyebut kalimah 'tidak sepatutnya' menunjukkan bahawa langkah persediaan perlu diambil oleh setiap seorang muslim dengan menulis wasiatnya kerana dia tidak mengetahui bila ajalnya akan tiba. Kemungkinan kerana kelalaiannya akan mengakibatkan segala hajatnya tergendala dan tidak terlaksana. Manakala harta yang ditinggalkannya menjadi rebutan dan perkelahian pewaris yang masih hidup.
Rasulullah s.a.w. turut besabda yang maksudnya: “Orang yang malang ialah orang yang tidak sempat berwasiat”. (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Sabda Rasulullah s.a.w. lagi: “Sesiapa yang meninggal dunia dengan meninggalkan wasiat maka dia mati di atas jalan Islam dan mengikut sunnah. Dia mati dalam keadaan bertaqwa, bersyahadah dan dalam keadaan diampunkan. (Hadis riwayat Ibnu Majah)
CIRI-CIRI WASIAT ISLAM
Terdapat beberapa ciri dan prinsip wasiat Islam yang perlu dipatuhi:
1. Harta yang hendak diwasiatkan mestilah tidak lebih daripada sepertiga (1/3) daripada harta pusaka bersih kecuali mendapat persetujuan daripada ahli-ahli waris.
2. Penerimanya hendaklah bukan waris iaitu mereka yang tiada hak faraid ke atas pusaka simati kecuali mendapat persetujuan daripada ahli-ahli waris yang lain.
3. Jika penerima wasiat meninggal dunia semasa hayat pewasiat, maka wasiat tersebut adalah terbatal.
4. Jika penerima wasiat meninggal dunia selepas menerima wasiat dan selepas kematian pewasiat, maka haknya boleh diwarisi oleh waris penerima.
5. Selepas kematian pewasiat, perlu ditolak dahulu kos perbelanjaan pengkebumian dan pembayaran hutang simati.
6. Wasiat boleh ditarikbalik pada bila-bila masa kerana ia hanya berkuatkuasa selepas kematian pewasiat dan wasiat tersebut perlulah dibuat secara sukarela.
7. Harta yang diwasiatkan adalah harta milik sendiri secara tunai dan bukan harta milik orang lain.
8. Jika yang diwasiatkan adalah dari harta perkongsian samada perniagaan atau seumpamanya, maka hendaklah dikepilkan bersama surat perakuan dari rakan kongsi yang menyatakan sah wujudnya dan benarnya sebagaimana yang ditulis dalam wasiat.
9. Wasiat yang ditulis hendaklah tidak membebankan penerima wasiat. Sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam surah an-Nisa' ayat 12:

KEPENTINGAN WASIAT
Kepentingan berwasiat bukanlah untuk pembahagian harta semata-mata kerana asas pembahagian telah ditetapkan oleh syarak dalam surah An-Nisa’ ayat 5 hingga 12.
Berwasiat adalah untuk menjaga hak dan kepentingan demi keadilan ke atas mereka yang tidak diberikan hak.
Berwasiat juga bertujuan untuk melantik seorang pemegang amanah yang akan mentadbir harta pusaka yang ditinggalkan secara sempurna dan bijaksana. Kita semua mahu peninggalan kita di dunia ini diiringi rahmat dan doa dari semua pihak.
Firman Allah s.w.t. dalam surah An-Nisa’ ayat 13:

Wasiat juga memberi keadilan dalam pembahagian harta kepada anak-anak yang
disembunyikan statusnya kerana perkahwinan kedua atau ketiga yang tidak
disenangi keluarga utama.
Wasiat mungkin hebahan terhadap harta si pewasiat yang tidak diketahui oleh ahli waris secara menyeluruh atau secara ditil satu persatu. Pewasiat semasa hidupnya menyembunyikan harta atau kepentingan berkenaan dengan sebab-sebab yang tertentu.
HUKUM BERWASIAT
Berdasarkan hadits dari Rasulullah s.a.w., hukumnya sunat;
“Barang siapa yang mati dalam keadaan berwasiat maka dia telah mati di atas jalan Allah dan Sunnah, mati dalam keadaan bertaqwa dan syahid dalam keadaan diampuni dosanya”. (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Walaubagaimanapun terdapat perbezaan pendapat di antara para ulamak tentang hukum berwasiat. Percanggahan pendapat ini disebabkan para ulamak mengambil kira banyak atau sedikitnya harta yang ditinggalkan. Secara umumnya berwasiat dihukumkan harus.
Ada pendapat mengatakan wasiat itu wajib dalam keadaan di mana manusia mempunyai kewajipan syarak yang dikhuatiri akan disia-siakan. Umpamanya hutang kepada Allah dan manusia, misalnya kewajipan zakat atau haji yang belum ditunaikan atau mempunyai amanah yang harus disampaikan atau mempunyai hutang yang tidak diketahui oleh orang lain yang wajib ditunaikan atau mempunyai tanggungjawab atau kontrak yang tidak dipersaksikan.
Firman Allah s.w.t.;

Maksudnya: “Diwajibkan keatas kamu, apabila seorang diantara kamu kelihatan tanda-tanda hampir mati, jika dia mennggalkan harta yang banyak, berwasiat untuk ibubapa dan saudara maranya dengan cara yang baik. Ini adalah kewajipan ke atas orang-orang yang bertaqwa”. (QS. Al-Baqarah : 180). |
Apa Beza Wasiat Dan Hibah
Wasiat
merupakan satu dokumen undang-undang tertentu mengenai bagaimana anda
mengagihkan harta benda dan segala hak-hak anda seperti anak-anak selepas
kematian anda. Ia juga merupakan satu amanat terakhir anda kepada pewaris anda
yang masih hidup mengenai harapan anda kepada mereka.
Hibah dan wasiat merupakan dua instrumen penting dalam perancangan harta menurut undang-undang Islam. Hibah ialah pemberian harta yang berlaku semasa hidup pemberi hibah, sedangkan wasiat ialah pemberian harta yang berlaku selepas kematian pewasiat. Kedua-dua instrumen ini digalakkan dalam Islam, di mana sekiranya ia dilakukan dengan betul dan selaras dengan kehendak syarak maka ia boleh mengelakkan berlaku pertikaian dan perebutan harta. Melalui hibah dan wasiat juga dapat membantu kaum kerabat yang memerlukan bantuan. Terdapat tanggapan bahawa dengan melakukan hibah dan wasiat maka dia telah menyalahi ketepatan hukum faraid. Tanggapan ini tidak tepat kerana kedua-dua instrumen ini juga sebenarnya diberi fokus dan tempatnya yang tersendiri di dalam Islam.
(Sumber rujukan Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam, UKM)
Apakah Syarat Asas Sah Wasiat

5 unsur dalam Wasiat |
Menurut Wills Act 1959
secara umum sebagai berikut;
a) Harus secara bertulis;
b) Pewaris harus menandatangani kehendak yang dinyatakan diakhir dokumen;
c) Harus ada paling sedikit dua atau lebih saksi hadir pada masa yang sama untuk menyaksikan
dan membuktikan tanda tangan dari pewaris tersebut.
Penerima (beneficiary) pewasiat tidak boleh menjadi saksi, jika saksi merupakan penerima
manafaat (benefeciary) waris, bahagian miliknya akan terbatal.
d) Pewaris harus waras fikiran dan tidak di bawah pengaruh yang tidak semestinya selama
pelaksanaan wasiat (will)
e) Pewaris bukan di bawah umur yang layak membuat wasiat iaitu 18 tahun ke atas

Wasi
Wasi
atau Pentadbir (juga di kenali sebagai Executer) ialah yang dilantik oleh
penulis wasiat untuk melaksanakan arahan dalam wasiat selepas kematiannya.
Wasi boleh terdiri dari individu atau organisasi pentadbiran harta pusaka
seperti Amanah Raya Bhd. Mereka mestilah bersikap amanah dan
berintergriti tinggi dan boleh dipercayai oleh pewasiat.
Benefisiari
Benefisiari (beneficiary)
ialah pihak yang akan mendapat manafaat dari arahan pembahagian harta anda.
Ia boleh terdiri dari kalangan waris atau bukan waris anda. Bukan
waris seperti anak angkat, badan amal/kebajikan dan lain-lain.
Waris
Waris ialah orang yang
mempunyai hubungan pertalian darah dengan penulis wasiat seperti isteri,
anak-anak, kedua ibubapa dan mereka2 yang mendapat manafaat menurut hukum
faraid.
Keutamaan Pentadbiran Harta Pusaka
1. Perbelanjaan Pengurusan Jenazah
2. Menyelesaikan Tanggungan Hutang – Agama
3. Menyelesaikan Tanggungan Hutang – Manusia
4. Pembahagian Harta Sepencarian
5. Menunaikan Wasiat (jika anda membuat arahan berwasiat kepada bukan waris seperti badan
amal makisma 1/3 dari harta anda)
6. Pembahagian Kepada Waris
Pembahagian Faraidh adalah WAJIB |
Pembahagian kepada waris anda akan dilakukan selepas 5 perkara di atas diselesaikan terlebih dahulu. Ini kerana menurut wasiat islam hutang tidak akan langsai sekalipun anda sudah meninggal dunia. Menyelesaikan hutang dengan Allah dan manusia menjadi keutamaan pentadbiran wasiat.
Harta Yang Boleh Diwasiatkan
Harta
alih
Seperti kenderaan, wang tunai, wang simpanan, barang kemas, saham, insurans, pelaburan dan lain-lain
Harta tak alih
Seperti rumah, tanah, bangunan dan lain-lain.

Perlaksanaan Wasiat
Perlaksanaan
wasiat akan dilakukan sebaik sahaja pewasiat meninggal dunia. Ia bermula dengan
pihak Wasi membacakan dokumen wasiat kepada semua waris benefisiari dan yang
ada hubungan dengan simati.
Anda MESTI berwasiat
sekiranya :
1. Mempunyai anak angkat - ini kerana
anak angkat tidak boleh memiliki apapun harta anda kecuali melalui wasiat dan
terhad kepada 1/3
harta pusaka
2. Ingin mewariskan harta kepada cucu,
sahabat atau saudara-mara yang bukan dalam kategori waris pertama - ini kerana
harta boleh diberikan melalui wasiat sahaja.
3. Saudara baru yang masih mempunyai
keluarga bukan Islam - ini kerana ahli keluarga yang bukan Islam tidak layak
mewarisi harta seorang Islam walaupun ahli keluaga terdekat.
4. Mereka yang mempunyai anak perempuan
sahaja - ini bagi melindungi sepenuhnya harta tersebut supaya tidak diambil
oleh saudara mara
yang lain
5. Mereka yang ingin melindungi
kepentingan isteri - ini kerana dalam kebanyakan perkiraan Faraid, isteri akan
menerima kadar yang paling
rendah.
6. Mereka yang masih mempunyai anak
kecil - wasiat dapat membantu mengelakkan perebutan hak penjagaan dan hanya
bapa yang berhak
menentukan.
Semoga ilmu yang diberikan ini akan memberi manfaat untuk semua.
Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

No comments:
Post a Comment