Orang yang sentiasa bahagia adalah orang yang sering
menyediakan diri untuk bahagia. Bahagia itu perkara yang mudah diperoleh dan
terlalu hampir dengan diri.
Cuma antara sedar atau tidak sedar, ada kala kita
menghadkan diri kita untuk bahagia. Kita kadang kala kurang gembira kerana ada
anak yang sebegini, ada pasangan yang sebegitu, ada ‘bos’ yang semacam tingkah
lakunya dan ada ‘anak buah’ yang macam-macam perangai.
Semua ini adalah tabir-tabir besi yang kita bina dan
tidak terlihat pada pandangan manusia biasa. Sebagaimana ia terbina, ia boleh
diruntuhkan seandainya kita telah bersedia untuk sentiasa bahagia.
Mulakan detik ini dengan rasa BERSYUKUR
Dengan berfikir sahaja ramai orang hanya tinggal
bayangan dalam minda. Untuk kita kelihatan bersyukur mulakan dengan tindakan
:
|
|
UCAP SYUKUR
Setiap hari waktu pagi bangun
dengan mengucapkan kesyukuran. Bagi yang muslim ucapkan “Segala puji
bagi Allah yang menghidupkan
aku kembali setelah mematikan aku
dan kepada Allah akan
bangkit”.
KATAKAN PADA DIRI
Di awal pagi ambil masa 5 minit
berfikir perkara yang membuatkan andabersyukur hari ini. Lebih spesifik adalah lebih baik kerana ia dapat membuatkan kita benar-benar terharu dan bersyukur kerana perkara tersebut.
“Saya bersyukur kerana masih bernafas hari ini, ada suami untuk saya taati dan ada anak-anak untuk saya
berbakti”.
PASANG NIAT BARU
Setiap hari, nyatakan kepada diri
“Saya sihat hari ini untuk bekerja, saya
akan bekerja sepenuh jiwa untuk
mendapatkan gaji yang halal untuk
diri dan keluarga. Tidak sesekali saya
culas yang menyebabkan saya tidak
layak menerima gaji ini.”
SEDAR UNTUK BERSYUKUR
Untuk bersyukur, kita sebenarnya
memerlukan kesedaran, ia bukan
automatik. Jika kita sedar kita
menghirup
udara yang segar, tentunya kita
akan
sentiasa mengucapkan “Syukur
tuhanku @ alhamdulillah”.
KOTAK KESYUKURAN
Anda boleh adakan kotak untuk
menyimpan perkara-perkara yangboleh mengingatkan diri anda untuk bersyukur. Simpan di tempat yang anda mudah untuk baca semula di saat
anda rasa kurang bersemangat.
SEMOGA USAHA KECIL SETIAP HARI MENDAPAT
GANJARAN DAN HATI SEMAKIN BAHAGIA.
INSYAALLAH.
No comments:
Post a Comment