Saya baru
balik dari Hong Kong baru-baru ini. Seperti yang dimaklumkan dalam post terdahulu iaitu mengiringi boss untuk event di sana...kira bertugas la. Sebelum pergi, banyak input yang saya dapat dari bloggers berkenaan info-info yang penting dan amat berguna untuk orang yang first time ke Hong Kong seperti saya ini.
Info makanan halal, perjalanan dan sebagainya. Terima kasih bloggers. Dulu, kini dan selamanya.
Oleh itu,
saya telah decide untuk membuat post ini. Di sini disediakan
sedikit tips yang mana saya rasa amat berguna untuk first timer yang berhajat
untuk travel ke HK. Walaupun tidak banyak, tapi diharap sedikit sebanyak
dapatlah tolong korang supaya tak lost di kota HK yang penuh sibuk itu. Silakan
share bersama rakan-rakan anda yang mahu pergi HK =)
Pertama sekali, yang diperlukan ialah internet. Di Hong Kong, mereka ada menyediakan simcard untuk travellers. Simcard ini
menawarkan 7 hari unlimited internet dan prepaid sebanyak HKD 10. Disarankan untuk beli kerana sepanjang saya berada di Hong kong, memang
dependent habis dekat internet untuk googlemaps dan sebagainya. Ia boleh didapati di HongKong International Airport (Level 7), iaitu di Departure Hall. Pergi ke kedai 1010 dan beli 'the traveller's sim card' . Harganya ialah HKD 88 untuk satu simcard. HKD 78 akan ditolak directly untuk bayaran internet.
Balance prepaid HKD10.
Di Kowloon Mosque and Islamic Center, Tsim Sha Tsui |
Perkara kedua yang paling penting ialah makanan
halal. Ia ada dijual di Hong Kong..jangan bimbang.Mencari
makanan halal rupa-rupanya bukan satu masalah besar di Hong Kong. Ke mana
saja anda pergi, di mana saja anda duduk, Insyaallah pasti akan ada
sekurang2nya satu restoran makanan halal kat situ. Tak percaya? Siapa
sangka kan? Mungkin kita harus berterima kasih dengan ribuan imigran
dari Indonesia, India, Bangladesh, Pakistan dan lain-lain yang membanjiri Hong Kong. Kerana
disebabkan mereka, restoran halal tumbuh bagai cendawan di Hong Kong. Antara tempat makanan halal ialah seperti Airport (Popeye), Disneyland (Tahitian Terrace),
NgongPing 360 (Ebeneezer's Kebab), Wan Chai(Islamic Canteen), Tsim Sha Tsui
(Chungking Mansion) dan Citygate Outlet (FoodRepublic). Kiranya di tempat
tourist attraction memang ada menyediakan makanan halal. Harga dalam HKD 50 -
HKD 90 untuk satu meal dan memang agak mahal. Antara yang sedap juga bagi saya ialah di Al-Maidah
restaurant yang terletak di No 13, G/F, Tsim Sha Tsui Mansion, 83-97
Nathan Road, Tsim Sha Tsui yang terletak kurang 100 meter dari Chung
King Mansion dan berdekatan Kowloon Mosque. Jika naik MTR, berhenti di Tsim Sha Tsui Station dan keluar pintu A1 tak silap saya.
Nasi baryani kambing di Al-Maidah Restaurant |
Islamic Centre Canteen pula terletak di Tingkat 5, Masjid Ammar And Osman Ramju Sadick Islamic Centre, 40 Salvation Amy Street, Wan Chai. Jika naik MTR, ia berdekatan Causeway Bay MTR Station (tak dekat sangat). Boleh ambil teksi atau jalan kaki sedikit.
Masjid Ammar (Islamic Centre) |
Kesimpulannya tidak susah mencari makanan halal di Hong Kong. Taktik paling senang ialah cari masjid atau Islamic Centre, mesti adalah tempat makanan halal berdekatan. Tanya je orang terutama Arab atau Pakistan. Di bawah ini ada satu video mengenai Makanan Halal di Hong Kong...sila enjoy:
Perkara ke-3 ialah waktu solat dan kiblat. Waktu
solat HK berbeza sikit dengan Malaysia. Kerana siang mereka awal. 6.30 pagi sudah
terang benderang. Klik sini untuk waktu solat di Hong Kong.
Qiblat HK pula adalah 285 degree.Untuk memudahkan, sila download
compass application dalam smartphone anda untuk mencari arah kiblat. Bagi perempuan, untuk memudahkan sila bawa
telekung mini atau pakai pakaian yang menutup aurat/boleh dibuat solat walaupun
anda tiada telekung. Juga pakai pakaian labuh, longgar dan pakai stoking. Jangan
expect anda solat di hotel/masjid, ini bukan negara Islam. Solatlah di
mana-mana sahaja yang bersih.
Ingat, qiblat HK adalah 285 degree. Ikut jarum kelabu tu tunjuk
mana, itulah qiblat anda |
Perkara ke-4 ialah perjalanan. di Hong Kong, sistem
MTR (Mass Transit Railways) adalah sangat efisyen. Sama macam Japan, Korea & Singapore. Dijamin
takkan sesat. Tapi kita kena ada buat kajian juga sedikit. So before pergi HK, buat
homework dulu tempat-tempat yang korang akan lawati. Jot down the MTR station's
name and the exit. Contoh kalau nak pergi ChungKing Mansion, kena turun di Tsim
Sha Tsui station and keluar exit C1. Kalau salah exit atau salah MTR memang tak tahu la ke mana perginya. Untuk memudahkan, apabila
sampai di MTR station, cari information kaunter, mintak Map MTR. Mesti kena ada
map ni. A night before nak pergi tempat yang ditujui, kena study dulu route dia
supaya tak sesat dan sakit hati tak tentu pasal.
Peta laluan MTR HK. Setiap tren ada tempat pertemuan jadi sila kaji sebelum mulakan perjalanan..Insya Allah tak sesat |
Saya rasa cukup dulu setakat ini yang saya boleh recap balik dari perjalanan saya ke Hong Kong ini.
Jika berpeluang bolehlah melawat Hong Kong yang bagi saya menarik untuk dikunjungi.
Sekian..
Bandar HK dari Victoria Peak |
Bergaya dengan pemandangan Hong Kong |
Hong Kong dari Puncak Victoria |
Dari Victoria Peak lagi |
Bergambar dengan Boss dan wakil CIMB Malaysia |
Majlis Anugerah Asiamoney Summer Award |
"Anger is a condition in which the tongue works faster than the mind."
-Mufti Ismail Menk -
No comments:
Post a Comment