Hilangkan perasaan negatif untuk bahagia |
Kata-kata Petikan
“Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain terbuka;
tetapi seringkali kita melihat ke pintu yang tertutup begitu lama sehingga kita tidak melihat pintu lain yang telah dibuka untuk kita”.
tetapi seringkali kita melihat ke pintu yang tertutup begitu lama sehingga kita tidak melihat pintu lain yang telah dibuka untuk kita”.
Kita boleh bertindak dengan beberapa kaedah
yang disarankan seperti dibawah. Selamat mencuba!
TIP 1: KESEDARAN KENDIRI
Kebanyakan tingkah laku berlaku secara
automatik contohnya seperti kita dalam perjalanan pulang ke kampung. Kita
berasa terlalu penat kerana perjalanan yang jauh. Tukar tumpuan dengan
menyedari pengalaman yang kita lalui.
Kita seharusnya menyedari monolog dalaman
diri, emosi dan reaksi orang sekeliling kita. Kita juga boleh bertanya dengan
diri kita “Adakah ini yang benar-benar saya ingin lakukan?
Jadi, kita sentiasa sedar tentang perkara
yang kita lakukan dan sebab kita melakukan sesuatu. Seterusnya
membuatkan kita puas hati kerana kita tahu tujuan dalam setiap perbuatan yang
kita dilakukan.
Melihat dari sudut pandangan diri sahaja boleh menyebabkan kita
menyalahkan orang lain. Tukar fokus untuk mengatasi masalah yang dihadapi.
Contoh “Anak-anak saya nakal. Saya tidak perlu menyalahkan
pasangan saya kerana kenakalan anak saya. Saya wajar mencari jalan membantu
menguruskan perkara ini”.
Bagi mengelakkan diri dari menyalahkan orang lain, tanya soalan
berikut pada diri sendiri: Apa yang
membuatkan saya berperasaan begini? Apakah yang menjadi punca tercetusnya
emosi, pemikiran dan reaksi fizikal sebegini? Apakah yang benar-benar saya
inginkan?
Persoalan sebegini membantu diri kita untuk lebih jelas dengan
keperluan kita bertindak, berperasaan dan memilih emosi yang betul.
Apabila kita suka dengan tindakan yang kita lakukan, kita akan
tetap gembira dan kebahagiaan tidak akan tergugat.
TIP
3: HIDUP DALAM
MASA KINI
Ramai orang terperangkap dengan masa silam atau terlalu sibuk
dengan memikirkan masa depan yang penuh risiko dan ketidakpastian.
Tukar tumpuan terhadap perkara yang sedang berlaku masa kini.
Tenangkan minda sebentar dan rasakan pergerakkan badan, bunyi persekitaran
kita, emosi, pemandangan dan keintiman kita dengan alam semesta ini.
Jiwa akan lebih tenang
dengan melalui hari-hari yang ada di depan mata dengan penuh makna. Beritahu
diri “Semalam telah berlalu dan esok belum tentu, jadi saya wajar berhadapan
dengan hidup yang sebenar hari ini”.
Tips Mudah Syukur |
TIP 4: LEBIH MENGHARGAI
DAN BERSYUKUR
Tukar tumpuan dari mengkritik dan menghakimi orang lain kepada
lebih menghargai dan bersyukur. Demikian juga elak daripada terlalu mengkritik
dan menghakimi diri sendiri. Keadaan ini boleh menyebabkan perasaan negatif
tumbuh segar dan bersarang dalam diri.
Contohya, katakan pada diri “Saya bersyukur dengan pasangan saya kerana saya berpeluang untuk
mempelajari sesuatu yang baru setiap hari”
Andainya kita memulakan hidup dengan lebih menghargai dan lebih
bersyukur, kita akan dapati diri kita lebih tenang, gembira, selesa dan
menghilangkan dendam.
“ DEAR ALLAH, THANKS FOR THIS BEAUTIFUL LIFE AND FORGIVE ME IF I
DON’T LOVE IT ENOUGH”
No comments:
Post a Comment