Tuesday 19 November 2013

JANGAN DUDUK LAMA-LAMA



Masalah kesihatan akibat daripada duduk lama


Duduk terlalu lama boleh membawa padah terutama bagi wanita



Pertubuhan Kanser Amerika telah mengkaji kaitan di antara masa duduk dan kadar kematian seseorang untuk sebanyak 120,000 orang Amerika selama 14 tahun. 

Didapati bahawa bagi seseorang yang duduk melebihi 6 jam sehari, berbanding dengan seseorang yang duduk kurang dari 3 jam sehari, risiko kematian daripada berbagai jenis penyakit meningkat sebanyak 37% bagi kaum wanita dan 18% bagi kaum lelaki. 

Jangan duduk melebehi 6 jam sehari


Seorang profesor kesihatan awam daripada University of Sydney, Australia, Prof. Adrian Bauman dalam kajinya mendapati bahawa ‘duduk’ merupakan ‘pembunuh baru’. 

Beliau telah membentukkan indeks ‘bebanan penyakit’ yang diukur berdasarkan antaranya bebanan kewangan, kadar kematian dan kekerapan menjatuh sakit dan factor-faktor lain.

Indeks ‘bebanan penyakit’

Obesity
8.6
Merokok
7.9
Tekanan darah tinggi
7.3
Duduk
6.8
Kurang bergerak
6.6
Kolesterol tinggi
6.1
Alcohol
2.0
Kecederaan akibat pekerjaan
2.0
Ubat
1.9
Keganasan / abuse
1.8
Hubungan seks rambang
0.5

Duduk lama lebih bahaya bagi kaum wanita. Kajian sains mendapati bahawa ‘hormone sensitive lipase’ akan menjadi tidak aktif sekiranya seseorang duduk selama satu jam. Hormon tersebut berfungsi untuk ‘breakdown’ lemak dan kolesterol dalam darah kita. 

Apabila hormon tesebut tidak aktif, ini bermakna lemak akan terus berkumpul dalam darah dan aras HDL pun akan turun. Selain itu, menurut kajian Pertubuhan Kencing Manis Antarabangsa, senanam pun tidak dapat mengurangkan kesan buruk duduk lama. 

Walau bagaimanapun, terdapat berita baik: hanya bergerak sedikit pun boleh mengurangkan risiko berpenyakit akibat duduk lama. 

Adalah dicadangkan bahawa seseorang pekerja yang perlu duduk lama semasa bekerja harus bergerak ataupun ‘stretch your body’ setiap 45-50 minit. 

Duduk dan bergerak untuk kesihatan anda


Selepas membaca artikel ini, ingat: jangan duduk lama tanpa bergerak badan anda demi menjaga kesihatan anda! 
Untuk melihat laman web gaya hidup sihat berkenaan duduk untuk kesihatan, sila klik di sini.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment