KANDUNGAN RISALAH
PUASA
Ertinya
Dalil
Wajib Puasa
Sah Puasa
Rukun Puasa
Membatalkan Puasa
Pantang-larang puasa
Sunat-sunat Puasa
Golongan Yang Harus
(Dibenarkan) Berbuka Puasa
Bacaan Niat Puasa
Bacaan Hendak
Berbuka Puasa
SEMBAHYANG TARAWIH
Hukum Sembahyang
Tarawih
Waktu Sembahyang
Tarawih
Rakaat Sembahyang
Tarawih
Lafaz Niat
Sembahyang Tarawih
Rukun Sembahyang
Tarawih
SEMBAHYANG WITR
Sembahyang Sunat
Witr
Petikan hadith-hadith mengenai puasa dari Sahih Bukhari dan Sahih
Muslim
Kelebihan Ramadan
Kelebihan berpuasa
Akhlaq sewaktu
berpuasa
Kelebihan bersahur
Kelebihan
menyegerakan berbuka
Kelebihan Lailatulqadar
dan galakan untuk mencarinya
Beri’tikaf pada
sepuluh hari terakhir Ramadan
Menambahkan amal
ibadah pada sepuluh hari terakhir Ramadan
Makan dan minum
kerana terlupa tidak membatalkan puasa
Tidak Batal Puasa
Orang Yang Bangkit Dari Tidur Di Waktu Pagi Dalam Keadaan Berjunub
(Petikan dari Kitab Tuntutan Ibadah: Perukunan Ibadah
Sepanjang Zaman oleh As-Shaikh Ali b. Abdullah)
Menahan diri dari makan dan minum atau apa-apa jua yang boleh membatalkan
puasa, sepanjang hari mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari dalam
sebulan bulan Ramadhan.
Perintah wajib puasa turun pada bulan Sya’ban Tahun 2 Hijrah.
Dalil:
Perintah wajib puasa : Surah Al-Baqarah Ayat 183:
Bermaksud: Hai orang-orang yang beriman diwajibkan atasmu berpuasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu menjadi orang yang bertaqwa |
1) Islam
2) Mukalaf
3) Berkuasa/Mampu
untuk berpuasa, tidak uzur
4)Telah
melihat anak bulan Ramadhan atau mensabitkan bulan Ramadhan dengan menggenapkan
bulan Sya’ban 30 hari.
Syarat Sah Puasa:
1) Beragama
Islam sahaja, lelaki, perempuan dan kanak-kanak yang telah mumaiyyiz.
2) Suci
dari haid dan nifas.
3) Sempurna
akal fikirannya sepanjang hari itu.
4) Bukan
pada hari yang tidak sah puasa eg. Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji dan Hari
Syak (30hb Sya’ban).
1) Niat,
di waktu malam mulai selepas Maghrib sampai sebelum terbit fajar.
2) Meninggalkan
semua perkara-perkara yang membatalkan puasa sejak terbitnya fajar sampai
terbenamnya matahari.
Sekiranya
1) Memasukkan
benda/sesuatu ke dalam jauh rongga seperti mulut, hidung, telinga, atau
lubang-lubang kemaluan dengan sengaja.
2) Muntah
dengan sengaja.
3) Mengeluarkan
mani dengan sengaja.
4) Haid
atau nifas.
5) Bersetubuh
di siang hari (selain membatalkan puasa ia juga ada hukum tersendiri iaitu
diwajibkan membayar kifarah).
6)
Murtad
(keluar dari Islam).
7) Gila
(hilang akal).
Iaitu perkara-perkara yang membatalkan pahala puasa, maknanya berpuasa
tidak mendapat apa-apa pahala kecuali lapar dan dahaga (puasa yang sia-sia).
1) Berdusta,
berbohong.
2) Mengumpat,
mengata orang.
3) Membuat
sesuatu yang boleh mendatangkan permusuhan.
4) Melihat
benda-benda yang mendatangkan keinginan.
5) Marah.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: “Barangsiapa yang tidak meninggalkan cakap
dusta (batil) dan perbuatannya, maka Allah tidak berhajat padanya dalam
meninggalkan makan minumnya”.
(Hadis Riwayat Muslim)
Bermaksud: “Bukan dinamakan puasa bila hanya sekadar
menahan makan dan minum, tetapi puasa yang sungguh-sungguh itu adalah menahan
diri dari percakapan yang tidak ada gunanya dan kata-kata yang keji”.
(Hadis menurut Sahih Muslim)
1)
Menyegerakan
berbuka puasa apabila telah yakin waktu berbuka.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: “Allah berfiman:
Hambaku yang lebih Aku cintai adalah mereka yang menyegerakan berbuka”.
2)
Makan
sahur walaupun sedikit.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: “Makan sahur itu berkat,
oleh kerana itu jangan kamu tinggalkan,
walau hanya sekadar meneguk seteguk air, kerana Allah merahmati orang-orang
yang makan sahur dan malaikat mendoakannya”.
3) Melambatkan
makan sahur iaitu lepas daripada tengah malam dan sebelum waktu imsak.
4) Berbuka
dengan buah kurma atau benda-benda yang manis.
5) Memperbanyakkan
membaca Al-Quran.
6) Memperbanyakkan
sedekah.
7) Beriktikaf
siang hari dalam masjid.
8) Menghadiri
majlis-majlis ilmu.
9) Menyediakan
makanan untuk berbuka untuk orang-orang berpuasa.
10) Jangan
bersugi setelah tergelincir matahari ke arah barat sehingga terbenamnya
matahari kerana boleh memakruhkan puasa.
1)
Orang
yang di dalam (perjalanan - musafir), tetapi wajib di qada’.
2)
Orang
sakit, wajib di qada’.
3) Ibu
yang menyusukan anak, jika takut mudharat bagi dirinya, maka wajib qada’ dan
jika takut mudharat bagi anaknya maka wajib qada’ dan fidyah.
1) Lafaz
niat puasa Fardhu Ramadhan
“Ya Tuhanku, keranaMu jua aku berpuasa, dan denganMu aku beriman dan di atas rezekiMu aku berbuka dengan belas kasihMu Ya Allah Ya Amat Mengasihi”. |
( Petikan dari Risalah Siri (11) : Sembahyang Tarawih,
Terbitan Bahagian Agama, Jabatan Perdana Menteri (1981) – Cetakan Ketiga)
a) Hukumnya sunat muakkad (yang sangat dituntut) bagi
dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam
bulan Ramadhan samada secara berseorangan atau berjamaah.
b) Sunat dikerjakan di masjid, surau dan lain-lain tempat
sembahyang orang-orang Islam.
Waktu sembahyang Tarawih ini ialah selepas menunaikan
sembahyang Fardhu Isya’.
a) Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan
sembahyang Tarawih ini sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya
menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja.
b) Pada zaman Rasulullah s.a.w. sembahyang Tarawih
dikerjakan sebanyak 8 rakaat saja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan.
c) Pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab pula beliau
menambah lagi menjadikan 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang
Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak
itu.
d) Sembahyang Terawih hendaklah ditunaikan dua rakaat, pada
tiap-tiap satu kali takbiratul-ihram kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap
rakaat yang dikehendaki.
Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Tarawih dua rakaat ma’mum kerana Allah Taala |
Rukun sembahyang sunat Tarawih ini sama sahaja dengan
rukun sembahyang yang lain juga.
a) Menurut kebiasaan umum orang-orang Islam di Malaysia
menunaikan sembahyang Witr selepas sunat Tarawih ini sebanyak 3 rakaat
sahaja. Sunat Witr ini ditunaikan secara
berjamaah.
b) Salam selepas dua rakaat yang pertama.
c)
Lafaz niat sembahyang sunat Witr
i- bagi dua rakaat yang pertama:
ii- bagi rakaat yang akhir:
d) Pada malam 16 hingga akhir Ramadhan adalah sunat dibaca
[doa] Qunut pada rakaat yang akhir.
Lafaz Qunut di sini sama juga dengan lafaz Qunut semmbahyang Subuh. Dan jika tidak membaca Qunut ini adalah
disunatkan Sujud Sahwi.
Diriwayatkan
daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila tiba
bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta
syaitan-syaitan dibelenggu
Diriwayatkan
daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: …Dan sesiapa
yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan
Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu
Diriwayatkan
daripada Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya di
dalam Syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa
akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk
bersama mereka seorangpun selain mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah
orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut.
Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup
kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya
Diriwayatkan
daripada Abu Said al-Khudri r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap
hamba yang berpuasa di jalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api Neraka
sejauh perjalanan tujuh puluh tahun
Diriwayatkan
daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seseorang
daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, janganlah bercakap tentang
perkara yang keji dan kotor. Apabila dia dicaci maki atau diajak berkelahi oleh
seseorang, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya hari ini aku berpuasa, sesungguhnya
hari ini aku berpuasa
Diriwayatkan
daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang
tidak meninggalkan percakapan bohong dan perbuatan tidak baik, Allah tidak
inginkan tindakannya menahan diri dari makan dan minum (yakni Allah tidak
menerima puasanya)
Diriwayatkan
daripada Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Hendaklah kamu bersahur
kerana di dalam bersahur itu ada keberkatannya
Diriwayatkan
daripada Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Seseorang
itu sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka selalu menyegerakan berbuka
puasa
Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Carilah Lailatulqadar pada sepuluh hari yang terakir di bulan Ramadan
Diriwayatkan
daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, maka akan
diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu
Diriwayatkan
daripada Saidatina Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w biasanya beriktikaf
pada sepuluh hari yang terakhir dalam bulan Ramadan
Diriwayatkan
daripada Saidatina Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bermujahadah pada
sepuluh hari yang terakhir bulan Ramadan tidak seperti bulan-bulan lain
Diriwayatkan
daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang
terlupa sedangkan dia berpuasa, lalu dia makan atau minum, hendaklah dia terus
menyempurnakan puasanya kerana dia telah diberi makan dan minum oleh Allah
Diriwayatkan
daripada Aisyah dan Ummu Salamah r.a, kedua-duanya berkata:: Nabi s.a.w bangkit
dari tidur dalam keadaan berjunub bukan dari mimpi kemudian meneruskan puasa
Semoga maklumat yang diberikan ini berguna untuk diri saya dan diri rakan-rakan sekelian.
Sekian...
No comments:
Post a Comment